2 Februari 2017 - 20:40
Syria Kecam Pencabulan Turki Ke Atas Wilayahnya

Syria mengecam keras serangan Turki ke atas sasaran yang terletak berdekatan pekan al-Bab sambil memanggil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan tugas mereka dan menamatkan pencabulan negara tersebut ke atas kedaulatan negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Syria mengecam keras serangan Turki ke atas sasaran yang terletak berdekatan pekan al-Bab sambil memanggil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melaksanakan tugas mereka dan menamatkan pencabulan negara tersebut ke atas kedaulatan negara Arab itu.

Menteri Luar Syria membuat permintaan itu di dalam dua pucuk surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PBB dan presiden Majlis Keselamatan badan yang sama pada hari Khamis.

Surat tersebut mengecam pencerobohan tentera Turki ke atas bumi Syria selama beberapa hari lalu serta pendudukan mereka di beberapa buah kampung yang terletak di negara Arab itu dalam rangka menuju ke pekan al-Bab sebelum menawannya.

Serangan Turki merupakan ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa, baca surat itu.

Kementerian itu turut mendakwa Turki telah membekalkan bantuan ketenteraan, kebendaan dan logistik kepada pertubuhan pengganas yang beroperasi di Syria. Menurut kementerian yang sama, Turki turut membantu kemasukan para militan ke Syria dan menubuhkan kem latihan bagi para militan di negara Turki sendiri.